Tuesday, April 14, 2020

Covid 19.. Threat and blessings

First detected in Wuhan, China on 31 December 2019. It was diagnosed as pneumonia of unknown cause.

The outbreak was declared a Public Health Emergency of International Concern on 30 January 2020.

11 February 2020, Who announced the new corona virus disease as COVID-19.

Nanti next year jika umur panjang kita baca balik catatan sepanjang tempoh PKP
2020 dalam ingatan..
Sejarah dalam lipatan sepanjang perjalanan hidup diatas muka bumi Allah taala..

14 APRIL 2020

Bermula
18 Mac - 14 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan ...

Hari ni 12 April 2020 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) fasa ke-3 bersambung hingga 28 april 2020.

⛽harga minyak jatuh sehingga RM1.25 seliter
🏢Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📱🖥️Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
🕴️🕴️Penjarakan sosial sentiasa diutamakan.
♦️Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
🍽️Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
🚶🚶🚶Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
🏤Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
🤸🏋️Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
💃Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
👰🤵Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
🕌⛩️Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
👩‍👩‍👧‍👦👨‍👨‍👦Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
🎡⛲Taman permainan kanak - kanak ditutup.
👩‍🔬👩‍⚕️Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
🛌Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
🧤Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
🥦🛒Rak - rak di kedai menjadi kosong.
🏭Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
⛔Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
✈️Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📝Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
🚗🚦Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
🧤Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.   
👩‍⚕️Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📈📉" Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita akan sembuh bersama"
💰💵Bantuan Prihatin Nasional masuk dlm acc msg2 bermula hr ini.. Dari kerajaan yang baru seminggu terbentuk lalu terpaksa menghadapi ancaman wabak ini... Alhamdulillah tq PM

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020

Kenapa saya tulis status ini?

Kerana , satu hari nanti ,status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️

18mac-30mac 2020 (pkp fasa1)
1april -14april 2020 (pkp fasa2)
15april-28april 2020 (pkp fasa3)



No comments: